Kebanyakkan Pendakwah masakini menggunakan pelbagai cara pendekatan seperti, memasukkan unsur humor, menyelitkan lagu-lagu popular, dan elemen muzik yang tidak keterlaluan dan deselang seli dengan ceramah mereka, semata-mata bagi menarik minat masyarakat yang agak sukar didekati dengan pendekatan yang terlampau serius. Mereka menganggap seperti memarahi mereka membuatkan mereka bosan lalu meninggalkan ceramah.
Walaupun sebenarnya masej yang mahu disampaikan adalah masej yang benar-benar serius dan tidak boleh dipermainkan.
Melihat kepada senario yang berlaku ketika ini kita perlu mencari jalan untuk terus mendekati golongan masyarakat Islam yang sukar untuk didekati ini, bagi penulis, salah satu cara paling mudah dan Insya-ALLAH berkesan ialah dengan menggunakan pelekat kereta yang memaparkan masej dakwah, jika kita lihat golongan pendakwah Agama selain Islam sudah lama menggunakan medium ini, kerana sering dilihat pelekat seperti ini ditampal di cermin belakang kenderaan mereka.
Dan secara tidak sengaja kita juga pasti akan terbaca apa yang tertulis di pelekat kereta itu..
Secara peribadi pendapat penulis masej yang disampaikan melalui pelekat/stiker ini lebih mudah untuk diingat kerana ianya menggunakan ayat-ayat pendek, dan masej yang paling mudah diingat ialah masej berunsur humor yang membuatkan kita tersenyum atau ketawa ketika membacanya.
Disini penulis ingin menjemput seluruh Umat Islam yang ingin berdakwah menggunakan pelekat kereta Islamik ini bersama menjayakan misi ini dengan menyumbang idea santai, atau humor yang mengajak masyarakat melakukan kebaikkan terutama dalam usha kita untuk berjuang ke jalan ALLAH S.W.T
Penulis juga amat megalu-alukan pembabitan para Pereka Grafik untuk menyumbang keringat dengan menghasilkan grafik untuk dicetak pada pelekat kereta dakwah untuk dikongsikan bersama seluruh masyarakat Islam di seluruh Malaysia atau dimana sahaja.
Setiap Grafik dan idea yang terpilih akan dipromosikan dalam laman ini.
Anda akan dibayar berdasarkan pembelian atau seberapa banyak tempahan yang diterima
dari para pengguna.
Untuk maklumat lebih lanjut sila Email pertanyaan anda ke alamat :customcetak@gmail.com.
Image Creative Niaga.
Taman Sutera,
Kajang Selangor.
No comments:
Post a Comment